Penulisan Karangan Fakta
Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:
- Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
- Sebelum menulis, pastikan bahawa anda menulis rangka karangan terlebih dahulu.
- Rangka karangan penting kerana dapat dijadikan panduan ketika menulis karangan. Sekiranya anda membuat rangka karangan terlebih dahulu, karangan anda akan menjadi lebih tersusun serta tidak menyimpang daripada tajuk atau kehendak soalan.
- Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
- Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.
- Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat serta kata yang mudah difahami.
- Perenggan pendahuluan mestilah mengandungi definisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
- Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya 3 atau 4 isi. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.
- Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.